About Our Clinic

Bak kata pepatah orang Melayu, senyuman itu satu sedekah. Tetapi bagaimana nak bersedekah kalau gigi sakit… tak cantik… gusi berdarah… nak senyum pun payah! Anda jangan susah hati kerana klinik gigi Kuala Lumpur, Rose Dental sedia untuk menyelesaikan masalah anda!

Rose Dental merupakan sebuah klinik pergigian mesra Muslim yang bertapak di Kuala Lumpur. Majoriti pengunjung di klinik gigi Kuala Lumpur ini sangat berpuas hati dengan layanan yang diberi sepanjang tempoh rawatan serta pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan semuanya bagus-bagus. Sekiranya anda bermastautin di ibu negeri Kuala Lumpur, anda sangatlah dialu-alukan di klinik pergigian ini!

Klinik gigi Kuala Lumpur ini mengutamakan kualiti layanan yang terbaik. Oleh sebab itu, pasukan perawat di Rose Dental sentiasa menimba ilmu dan mengasah kemahiran mereka dalam memberi rawatan. Hal ini demikian supaya hak anda sebagai pesakit untuk mendapatkan rawatan rapi dapat dipenuhi dari awal hingga akhir.

Anda tidak usah risau atau ragu-ragu tentang peralatan dan tempat di mana rawatan dijalankan. Hal ini kerana klinik gigi Kuala Lumpur ini sentiasa memberi perhatian sepenuhnya atas kualiti peralatan dan kebersihan pusat rawatan demi keselesaan anda!

Bukan itu sahaja, kepelbagaian jenis rawatan pergigian menjadikan klinik gigi Kuala Lumpur ini pilihan nombor satu buat anda! Perawat-perawat di klinik ini memiliki pengetahuan dan kemahiran yang meluas, dan mereka sedia berkhidmat untuk memastikan gigi anda cantik, sihat dan kuat.

Tambahan lagi, anda tahu tak bahawa klinik gigi Kuala Lumpur ini turut dikenali dengan sifat mesra keluarga, lantas menyumbang kepada reputasi mereka sebagai pilihan terbaik bagi penduduk kawasannya? Contohnya, ruang untuk bermain sepanjang waktu menunggu disediakan bagi memastikan keselesaan anda yang mungkin datang bersama kanak-kanak. 

Hmm… kalau semuanya bagus dan berkualiti tinggi, sudah tentu kos rawatannya pun mahal, bukan?? Tidak sama sekali! Di Rose Dental, segala perkhidmatan dan rawatan ditawarkan pada harga yang berpatutan. Lebih-lebih lagi sekiranya anda bertuah, anda juga berpeluang untuk mengejar harga-harga promosi mereka yang menarik!

Susah nak percaya?? Jom kita tengok jenis-jenis rawatan yang ditawarkan sehingga membuatkan Klinik Pergigian Rose pilihan utama penduduk-penduduk di Kuala Lumpur!

Pertama sekali, anda boleh mendapatkan perkhidmatan konsultasi pergigian dan diagnosis. Pakar-pakar di klinik ini berpengalaman dalam membuat diagnosis dengan tepat. Mereka sedia untuk meluangkan masalah mendengar masalah anda dan pada yang sama, memastikan keselesaan dan ketenangan anda sepanjang sesi konsultasi.

Kedua, anda boleh mengunjungi klinik pergigian ini setiap 6 bulan dan mendapatkan perkhidmatan cucian gigi untuk menyahkan plak dan tartar secara menyeluruh. Sekiranya diperlukan, tampalan gigi akan diberi sebagai rawatan awal untuk mencegah kerosakan gigi yang lebih teruk.

Ketiga, rawatan veneer boleh dilakukan dengan meletakkan lapisan ke atas gigi yang telah berubah warna, rosak, tidak teratur ataupun mempunyai ruang di antara gigi.

Keempat, perkhidmatan korona dan jambatan disediakan untuk menampung gigi rosak sepenuhnya. Korona merupakan sarung yang berbentuk sama seperti gigi asal, manakala jambatan pula ialah rawatan bagi menggantikan gigi yang hilang dengan sokongan gigi bersebelahan.

Kelima, Rose Dental menyediakan perkhidmatan Fibre Reinforced Composite atau FRC yang berfungsi sama seperti rawatan jambatan, tetapi dengan kos yang lebih rendah.

Seterusnya, masalah gigi kuning dapat diselesaikan dengan perkhidmatan pemutihan gigi di Rose Dental. Masalah gigi kekuningan sememangnya normal apabila usia semakin meningkat, tetapi tak bermakna anda perlu terus membiarkan perkara ini menjejaskan senyuman anda.

Klinik gigi Kuala Lumpur ini turut memiliki fasiliti untuk menghasilkan gigi palsu yang nipis dan selesa dipakai, di samping kelihatan cantik dan semulajadi supaya anda boleh terus senyum dengan yakin! Anda bebas memilih sama ada anda mahukan perkhidmatan pemutihan gigi ataupun gigi palsu.

Akhir sekali, rawatan akar gigi boleh dijalankan di klinik ini sekiranya anda mempunyai kerosakan akar gigi yang teruk. Rawatan ini dijalankan sebagai alternatif bagi akar gigi yang telah rosak teruk tetapi tidak mahu gigi tersebut dicabut ataupun tertanggal.

Andai kata kerosakan gigi terlalu teruk sehingga menyebabkan kesakitan jangka panjang, Rose Dental turut menawarkan perkhidmatan mencabut gigi serta pembedahan kecil bagi gigi bongsu yang bermasalah.

Banyak sebenarnya cara yang boleh kita lakukan untuk menjaga kesihatan dan memperbaik semula gigi kita. 

Sebagai tambahan, pengurusan rekod pesakit dilakukan secara berkomputer sepenuhnya bagi memastikan tempahan dalam talian dilaksanakan dengan kecekapan yang maksimum.

Anda ada masalah gigi?? Cepat hubungi Rose Dental melalui Whatsapp di 01116690532, atau layari laman web mereka di https://rosedental.my/ untuk menempah sesi temu janji anda. Anda juga boleh dapatkan maklumat terkini melalui akaun Instagram rasmi mereka di @rosedental.my.

Untuk menerima rawatan, anda boleh ke klinik gigi ini yang beralamat di 1-1-6, Blok 1, City Garden Commercial Centre, Jalan Nirwana 1, Taman Nirwana, 68000 Ampang Jaya, Selangor.

Anda hanya perlu menempah sesi temu janji di Rose Dental pada bila-bila waktu operasi setiap hari termasuklah Sabtu dan Ahad. Tiada lagi masalah temu janji bercanggah dengan waktu bekerja!

Rose Dental bersedia untuk mengembalikan semula keyakinan anda untuk terus senyum dengan gigi yang cantik, sihat dan kuat!

Leave a Reply

Your email address will not be published.