Perkhidmatan yang disediakan di Klinik Pergigian Ampang Rose Dental

Klinik Pergigian Ampang Rose terkenal dengan rangkaian rawatan pergigian yang berkualiti tinggi dengan tawaran harga yang sangat berpatutan.

Klinik ini untuk menyediakan kemudahan dan kemudahan kelas dunia kepada pesakit yang datang. Dengan mengikuti perkembangan teknologi dan perubahan terkini dalam bidang pergigian, Ampang Rose Dental mempunyai peralatan terkini dan menggunakan bahan berkualiti dalam memberikan rawatan yang terbaik.

Klinik pergigian ini mempunyai persekitaran yang tenang dan mesra. Ini merupakan membentuk langkah pertama untuk membantu anda mendapatkan senyuman yang menawan.

Namun, tidak terhenti di stu, Klinik Pergigian Ampang Rose Dental menawarkan pelbagai servis, mengikut keperluan pelanggan. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah:

1. Diagnosis dan konsultasi

Klinik Pergigian Ampang Rose Dental menawarkan perkhidmatan konsultasi bagi pengunjung. Proses ini akan menentukan rawatan yang perlu di ambil selain dapat memberi pendidikan bagi proses penjagaan kesihatan mulut.

2. Gigi palsu (Denture)

Gigi palsu adalah alat prostetik yang digunakan bagi menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang. Ianya diperbuat daripada plastik akrilik dan logam. 

Gigi palsu membantu dalam memulihkan fungsi gigi, estetika dan mengelakkan gigi lain dari bergerak. Ianya juga membantu pengguna untuk menggigit dan mengunyah dengan lebih berkesan. Namun secara asasnya ia digunakan bagi membantu penampilan pengguna.

Dengan teknologi di Klinik Pergigian Ampang Rose Dental, gigi palsu boleh menjadi nipis dan selesa untuk dipakai. Dan pastinya melalui doktor yang pakar di sini, mereka akan memastikan supaya gigi palsu tersebut akan kelihatan seperti semula jadi seperti gigi anda.

3. Veneer

Veneer adalah sebuah proses bagi memperbaiki warna, bentuk, dan posisi gigi. Veneer biasanya digunakan untuk memperbaiki gigi yang berubah warna, patah, rosak, tidak rata, mempunyai bentuk yang tidak teratur, atau mempunyai gigi yang tidak rapat. Caranya, veneer dipasang untuk menutupi permukaan depan gigi.

4. Rawatan Akar Gigi (Root Canal Treatment)

Rawatan akar gigi merupakan rawatan khusus yang dilakukan bagi membaik pulih keadaan gigi supaya boleh berfungsi secara normal semula. 

Rawatan akar ini dilakukan dengan menebuk bahagian permukaaan gigi hingga ke bahagian tisu akar gigi. Ia adalah rawatan khusus agar gigi tersebut dapat digunakan semula atau dengan kata lain tidak dicabut.

Kebiasaannya rawatan akar gigi ini perlu dijalankan apabila gigi mengalami masalah kesakitan disebabkan oleh keradangan dan infeksi pulpa yang tidak dapat dirawat dengan cara tampalan atau ubat-ubatan.

5. Korona & Jambatan (Crown & Bridge

Korona dan jambatan atau juga dikenali sebagai “Crown & Bridge” juga merupakan servis yang ditawarkan di sini.

Crown adalah sarung yang mempunyai betuk sama seperti gigi asal yang diletakkan pada gigi bagi melitupi permukaan gigi untuk mengembalikan rupa bentuk asal gigi di samping menguatkan struktur gigi tersebut. 

Manakala Bridge pula adalah cara bagi menggantikan gigi yang hilang. Prosedur rawatannya adalah sama seperti crown. Namun ia melibatkan persiapan gigi bersebelahan di mana gigi yang hilang digantikan dengan sokongan gigi bersebelahan sebagai tiang.

6. Memutihkan gigi (Teeth Whitening)

Proses memutihkan gigi bermaksud mengembalikan semula warna asal gigi anda dengan membuang dirt dan debris pada gigi.  

7. Pembedahan Kecil (Minor Oral Surgery)

Minor Oral Surgey merupakan pembedahan kecil mulut yang dilakukan apabila gigi tidak dapat tumbuh atau keluar secara normal (impacted tooth).

Kebiasaannya pembedahan kecil ini perlu bagi membuang gigi yang tumbuh pada usia yang lewat, di kawasan geraham terakhir atau juga dikenali sebagai gigi bongsu.

Ianya seringkali terhimpit kerana ruang di kawasan rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.

8. Cabutan gigi

Terdapat banyak sebab mengapa cabutan gigi perlu dilakukan. Di antaranya adalah kerosakan gigi yang teruk dan menyebabkan gigi tidak dapat ditampal lagi.

Selain itu, masalah gusi yang teruk yang menyebabkan kehilangan tulang sokongan sekeliling gigi yang akhirnya mengakibatkan gigi menjadi longgar juga menjadi sebab bagi mencabut gigi.

9. Tampalan

Masalah yang dapat menyebabkan gigi perlu dicabut dapat dielak dengan melakukan tampalan pada peringkat yang lebih awal bagi menguatkan struktur gigi.

Jenis tampalan bergantung kepada keseriusan karies. Jika karies hanya di enamel dan dentin gigi, tampalan biasa akan dilakukan.

Jika saiz kerosakan besar, sehingga ke saraf gigi, maka rawatan akar perlu dilakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *