
Kesan daripada sakit gigi seringkali membawa kepada kesakitan yang begitu memedihkan. Kadang-kala, ianya boleh menyebabkan kepada penyakit lain seperti demam.
Kebanyakan daripada sakit gigi berpunca daripada faktor tidak menjaga kebersihan gigi dan mulut. Selepas makan, plak akan terbentuk secara semula jadi pada gigi.
Sekiranya gigi dan mulut tidak dibersihkan dengan betul, maka plak-plak tadi akan terkumpul dan akan merosakkan gigi anda.
Sungguhpun ianya dapat dibersihkan dengan memberus gigi dua kali sehari, namun proses rawatan mencuci gigi juga perlu dilakukan dua kali setahun ataupun enam bulan sekali bagi pembersihan yang lebih menyeluruh.
Sekiranya tidak, gigi anda akan berisiko untuk rosak dan menyebabkan sakit gigi.
Selain daripada sakit gigi, sikap tidak mengendahkan rawatan pencegahan (prevention) pada gigi juga akan menyebabkan kerosakan gigi dan seterusnya akan mengurangkan tahap keyakinan diri anda sewaktu bertemu orang lain, khususnya saat tersenyum.
Jadi penjagaan gigi pastinya adalah sesuatu yang perlu dititikberatkan oleh semua orang.
Sekiranya anda berada dekat dengan Ampang Point atau kawasan yang sekitarnya, maka jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Klinik Pergigian Rose Dental Ampang.
Klinik yang terletak berhampiran Ampang Point ini menawarkan pelbagai servis rawatan pergigian untuk anda.

Perkhidmatan yang ditawarkan di sana adalah:
1. Konsultasi Pergigian dan Diagnosis
Klinik Pergigian Rose Dental mempunyai barisan pakat-pakar pergigian yang akan membantu proses konsultasi dan diagnosis dengan jelas. Pakar-pakar kami akan menjelaskan proses rawatan, pelan rawatan, tempoh rawatan dan sebagainya sebelum memulakan proses rawatan.
Pakar pergigian kami juga akan melakukan diagnosis lengkap tentang masalah pergigian yang anda hadapi.
Proses konsultasi kami yang mesra pelanggan dan professional pastinya akan menyebabkan anda merasa selesa, tenang, dan faham tentang pilihan (option) rawatan yang anda perlu.
2. Tampalan Gigi
Selain daripada kaedah pencegahan (mencuci gigi), rawatan awal lain yang boleh menjadi pilihan adalah dengan menampal gigi.
Kaedah tampalan boleh menyelesaikan masalah karies gigi atau gigi berlubang. Sebelum tampalan gigi, segala kotoran daripada lubang pada gigi tersebut akan dikeluarkan.
Di Klinik Pergigian Rose Dental Ampang, terdapat dua jenis tampalan yang disediakan, iaitu tampalan sementara dan tampalan berwarna.
3. Rawatan Akar Gigi (Root Canal Treatment)
Klinik Pergigian Rose Dental juga menyediakan perkhidmatan rawatan akar gigi. Rawatan ini merupakan rawatan alternatif bagi gigi yang mengalami kerosakan teruk di mana tisu pulpa telah dijangkiti ataupun telah mati, supaya gigi tersebut tidak perlu dicabut dan boleh terus dikekalkan di dalam mulut anda.
Rawatan akar ini dilakukan dengan menebuk bahagian permukaaan gigi hingga ke bahagian tisu akar gigi.
Sekiranya gigi anda telah rosak teruk dan rawatan ini tidak dilakukan, terdapat risiko kesakitan akan bertambah teruk pada gigi anda sehingga boleh menyebabkan jangkitan dan gigi tersebut mungkin perlu dicabut.
4. Veneer
Perkhidmatan Veneer juga disediakan di Klinik Pergigian Rose Dental. Veneer merupakan rawatan bagi membantu memperbaiki gigi yang berubah warna, patah, rosak, tidak rosak, tidak teratur dan terdapat ruang di antara gigi.
Proses rawatan veneer ini dilakukan dengan meletakkan satu lapisan bahan nipis yang diletakkan pada permukaan gigi tersebut.
5. Gigi Palsu (Denture)
Gigi palsu (Denture) dapat membantu dalam memulihkan fungsi gigi, estetika dan mengelakkan gigi lain dari bergerak atau bergoyang. Ianya juga membantu anda untuk menggigit dan mengunyah dengan lebih berkesan. Namun kebiasaannya, gigi palsu digunakan bagi membantu penampilan anda supaya dapat senyum dengan leih yakin. Selain itu, gigi palsu juga boleh menggantikan gigi yang telah dicabut atau tiada.
Dengan fasiliti di Klinik Pergigian Ampang Rose Dental, gigi palsu boleh
dijadikan menjadi nipis dan selesa untuk dipakai. Dan pastinya dengan kemahiran
doktor yang pakar di sini, mereka akan memastikan supaya gigi palsu tersebut
akan kelihatan semula jadi.
6. Korona dan Jambatan (Crown and Bridge)
Korona dan jambatan gigi digunakan bagi menampung sepenuhnya gigi yang rosak. Selain daripada untuk mengukuhkan gigi anda, korona dan jambatan gigi ini juga dapat memperbaiki penampilan anda.
Korona merupakan sarung yang dibentuk bagi mempunyai bentuk sama seperti gigi asal, manakala jambatan pula merupakan rawatan bagi menggantikan gigi yang hilang dengan sokongan gigi bersebelahan sebagai tiang.
7. Pemutihan gigi (Teeth Whitening)
Selari dengan pertambahan usia, warna gigi kita juga akan berubah. Bahagian putih gigi (enamel) menjadi semakin nipis dan mendedahkan lapisan dalaman gigi yang dikenali sebagai dentin.
Klinik Pergigian Rose Dental juga ada menawarkan perkhidmatan rawatan pemutihan gigi bagi mengembalikan senyuman pada wajah anda.
8. Cabutan gigi dan pembedahan kecil (minor oral surgery)
Cabutan gigi merupakan pilihan terakhir bagi doktor gigi. Namun, sekiranya kerosakan yang berlaku pada gigi adalah terlalu teruk dan tidak mampu lagi ditampung dengan hanya ditampal, maka cabutan gigi perlu dilakukan bagi mengelakkan sakit yang berpanjangan.
Bagi masalah gigi bongsu pula, Klinik Rose Dental juga menyediakan perkhidmatan pembedahan kecil bagi membuang gigi tersebut.
9. FRC (Fibre Reinforced Composite)
FRC berfungsi macam seperti Jambatan (Bridge). Akan tetapi, kos FRC lebih murah berbanding dengan kos Jambatan.
Jadi, sekiranya anda berada dekat dengan Ampang Point atau kawasan sekitar, maka jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Klinik Pergigian Rose Dental bagi menyelesaikan masalah pergigian anda!