About Our Clinic

Pemeriksaan gigi secara berkala merupakan sesuatu yang sangat penting. Berbanding dengan kos bagi pemeriksaan gigi secara berkala, kos rawatan bagi yang telah rosak akan menjadi lebih tinggi.

Secara idealnya, pemeriksaan gigi secara berkala wajar dilakukan dua kali dalam setahun ataupun 6 bulan sekali.

Mengapa anda perlu ke klinik gigi setiap 6 bulan sekali?

1. Plak dan Tartar

Walaupun kita memberus gigi dan berkumuh dengan sempurna setiap hari, akan terdapat juga kawasan di dalam mulut kita yang tidak mampu dicapai melalui memberus dan berkumuh.

Di sinilah plak dan tartar akan cenderung berkembang dan perlu dikeluarkan secepat mungkin untuk kesihatan mulut yang baik. Plak dan tartar membawa kepada penyakit gusi dan kerosakan gigi, yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang.

2. Pemeriksaan Kanser Mulut

Walaupun sesiapa juga boleh mendapat kanser mulut, mereka yang merokok dan / atau minum alkohol mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Pemeriksaan mulut secara berkala berupaya untuk mengenal pasti sekiranya wujud potensi kanser pada peringkat yang lebih awal.


3. Mencegah tabiat buruk yang akan merosakkan gigi

Pesakit yang merokok, tabiat cara makan yang tidak betul, mengunyah ais, makan banyak gula-gula, kerap minum kopi, kerap mengambil alkohol atau memberus gigi dengan terlalu keras merupakan di antara tabiat buruk yang boleh menyebabkan kerosakan pada gigi dan gusi.

Dengan melawat klinik gigi pada setiap 6 bulan atau dua kali setahun boleh membantu mendidik anda tentang bagaimana untuk mengelakkan tabiat tidak sihat dan mencadangkan pilihan untuk menangani tabiat ini.

Langkah seterusnya adalah bagi memilih klinik gigi yang betul bagi mengekalkan senyuman di wajah anda.

Tidak kira bagi pemeriksaan gigi ataupun rawatan, Klinik Gigi Ampang Rose Dental perlu menjadi pilihan anda.

Mengapa anda perlu memilih kami?

Dilengkapi dengan peralatan yang moden, staf yang profesional, dan harga yang sangat berpatutan, di Klinik Gigi Ampang Rose Dental, kami bersedia memberikan yang terbaik untuk pengunjung yang datang.

Bagi kami, kesihatan gigi anda adalah keutamaan kami.

Terdapat banyak sebab mengapa anda perlu membuat temu janji dengan Klinik Gigi Ampang Rose Dental:

  1. Kami sememangnya sangat berbesar hati untuk membantu anda. Sekiranya terdapat apa-apa masalah berkenaan kesihatan mulut anda, kami sentiasa bersedia membantu.
  2. Pendidikan merupakan elemen penting bagi penjagaan kesihatan mulut. Kami menganggap pendidikan bagi kesihatan gigi dan mulut adalah perkara penting bagi memiliki senyuman menawan dan gigi yang sihat.
  3. Kami meluangkan masa untuk mendengar masalah pergigian anda dan berjanji untuk memberikan rawatan kami dengan cara yang lembut dan selesa. Kami memahami bahawa kadang kala pengalaman berjumpa dengan pakar pergigian merupakan sesuatu yang menakutkan. Tetapi di Klinik Gigi Ampang Dental Care, kami akan memastikan suasana yang tenang dan selesa untuk anda.
  4. Anda boleh menjadualkan temu janji awal pagi, lewat petang dan pada hari Sabtu dan Ahad, jadi anda tidak perlu mengambil cuti bagi melakukan rawatan gigi.
  5. Pengawalan dan pengurusan rekod berkomputer sepenuhnya. Kami memastikan kecekapan maksimum dengan tempahan dalam talian, whatsapp, e-mel dan juga mesej.
  6. Kami menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan pergigian yang komprehensif bersama-sama dengan rawatan seperti denture, veneer, rawatan akar, crown & bridges, pemutihan gigi dan banyak lagi.

Ingin tahu bagaimana Klinik Gigi Ampang Rose Dental dapat membantu anda senyum dengan lebih baik? Jadualkan temu janji anda bersama kami.  Bagi mengetahui lebih lanjut servis yang ditawarkan di klinik kami, berikan panggilan di pejabat kami pada hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.