About Our Clinic

Adakah anda menghadapi masalah sakit gigi? Gusi berdarah atau gigi berlubang… ingin mendapatkan rawatan pakar, tetapi mahalnya sehingga beribu! Jangan susah hati, mari kunjungi klinik pergigian murah Ampang, atau dikenali sebagai Klinik Pergigian Rose.

Sekiranya anda bermastautin di negeri Selangor, anda sangatlah dialu-alukan di klinik gigi Ampang ini. Perkhidmatan yang ditawarkan bagus-bagus belaka, dan majoriti pengunjung berpuas hati dengan layanan yang diterima sepanjang rawatan di klinik ini.

Klinik Pergigian Rose ini bukan sahaja dikenali dengan fasiliti mereka yang baik, malahan juga sifat mesra keluarga di klinik gigi Ampang ini yang menyumbang kepada reputasi mereka sebagai pilihan terbaik bagi penduduk kawasannya. Bagi pengunjung yang datang bersama kanak-kanak, ruang untuk bermain sepanjang waktu menunggu pun disediakan. Jadi, keselesaan anda pasti terjamin!

Kebanyakan warga Malaysia cuba mengelak daripada menerima rawatan di mana-mana klinik pergigian disebabkan harganya yang terlampau tinggi. Sakit gigi sedikit, perlu cuci sini, tebuk sana, cabut ini, tampal itu… Tahu-tahu sahaja bil rawatan anda sudah pun mencecah ribuan ringgit. Menakutkanlah!

Disebabkan itulah klinik gigi Ampang ini merupakan pilihan terbaik buat anda! Klinik Pergigian Rose sangat memahami keraguan dan kebimbangan anda dalam mendapatkan sebarang rawatan dengan kos pergigian yang mahal. Oleh sebab itu, klinik pergigian ini berusaha untuk memenuhi keperluan kesihatan oral anda pada harga yang lebih berpatutan tanpa mengabaikan kualiti perkhidmatan.

Klinik Pergigian Rose kini lebih dikenali sebagai klinik pergigian Ampang yang bertaraf antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan pada harga yang rendah.

Klinik Pergigian Rose sentiasa mengutamakan kualiti layanan yang terbaik bagi anda sebagai pesakit. Demi memenuhi hak anda dalam mendapatkan rawatan rapi dari awal hingga akhir, pasukan perawat di Klinik Pergigian Rose sentiasa menimba ilmu dan mengasah kemahiran mereka dalam memberi rawatan. Anda juga tak perlu ragu-ragu mengenai kebersihan peralatan dan kawasan di mana rawatan dijalankan kerana semuanya diberi perhatian sepenuhnya oleh staf-staf demi keselesaan anda.

Di klinik gigi Ampang ini, segala perkhidmatan dan rawatan bukan sahaja ditawarkan pada harga yang rendah, malahan sekiranya anda bertuah, anda juga berpeluang untuk mengejar harga-harga promosi mereka yang sangat menarik!

Bukan itu sahaja, kepelbagaian jenis rawatan pergigian menjadikan klinik gigi Ampang ini pilihan terbaik buat anda! Perawat-perawat di klinik ini memiliki pengetahuan dan kemahiran yang meluas, dan mereka sedia berkhidmat untuk memastikan gigi anda cantik, sihat dan kuat.

Susah nak percaya, bukan? Tak mengapa, jom kita lihat apa tawaran perkhidmatan yang membuatkan Klinik Pergigian Rose menjadi pilihan penduduk-penduduk di kawasan Ampang!

Pertama sekali, anda boleh mendapatkan perkhidmatan konsultasi pergigian dan diagnosis. Pakar-pakar di klinik ini berpengalaman dalam membuat diagnosis yang tepat, dan mereka sedia untuk meluangkan masalah mendengar masalah anda. Pada yang sama, keselesaan dan ketenangan anda sepanjang sesi konsultasi turut dijamin.

Kedua, anda boleh menempah sesi cucian gigi setiap 6 bulan di klinik gigi Ampang ini untuk menyahkan plak dan tartar secara menyeluruh. Sekiranya diperlukan, perkhidmatan tampalan gigi turut diberi sebagai rawatan awal untuk mencegah kerosakan gigi yang lebih melarut.

Ketiga, perkhidmatan rawatan akar gigi boleh dijalankan di klinik ini sekiranya anda mempunyai kerosakan akar gigi yang teruk. Rawatan ini dijalankan sebagai alternatif bagi akar gigi yang telah rosak teruk tetapi tidak mahu gigi tersebut dicabut ataupun tertanggal.

Keempat, rawatan veneer boleh dilakukan dengan meletakkan lapisan ke atas gigi yang telah berubah warna, rosak, tidak teratur ataupun mempunyai ruang di antara gigi.

Kelima, klinik gigi Ampang memiliki fasiliti untuk menghasilkan gigi palsu yang nipis dan selesa dipakai, di samping kelihatan cantik dan semulajadi supaya anda boleh terus senyum dengan yakin!

Keenam, perkhidmatan korona dan jambatan disediakan untuk menampung gigi rosak sepenuhnya. Korona merupakan sarung yang berbentuk sama seperti gigi asal, manakala jambatan pula ialah rawatan bagi menggantikan gigi yang hilang dengan sokongan gigi bersebelahan.

Ketujuh, masalah gigi kuning dapat diselesaikan dengan perkhidmatan pemutihan gigi di Klinik Pergigian Rose. Masalah gigi kekuningan sememangnya normal apabila usia semakin meningkat, tetapi ia tak bermakna anda perlu terus biarkan hal ini menahan anda daripada senyum dengan yakin.

Setiap perawat gigi akan berusaha mencuba pelbagai kaedah untuk menyelamatkan gigi daripada cabutan. Walau bagaimanapun, sekiranya kerosakan terlalu teruk sehingga menyebabkan kesakitan jangka panjang, Klinik Pergigian Rose turut menawarkan perkhidmatan mencabut gigi serta pembedahan kecil bagi gigi bongsu yang bermasalah.

Akhir sekali, Klinik Pergigian Rose menyediakan perkhidmatan Fibre Reinforced Composite atau FRC yang berfungsi sama seperti rawatan jambatan, tetapi dengan kos yang lebih rendah.

Kalau ikutkan pepatah orang Melayu, katanya senyuman itu satu sedekah. Tapi kalau gigi sakit… ataupun gigi tak cantik… malulah nak senyum selalu! Kini anda tahu, sebenarnya bermacam-macam kaedah yang boleh kita lakukan untuk memperbaik semula gigi kita.

Sebagai tambahan, pengurusan rekod pesakit dilakukan secara berkomputer sepenuhnya bagi memastikan tempahan dalam talian dilaksanakan dengan kecekapan yang maksimum.

Klinik gigi Ampang ini bertempat di alamat 1-1-6, Blok 1, City Garden Commercial Centre, Jalan Nirwana 1, Taman Nirwana, 68000 Ampang Jaya, Selangor.

Klinik Pergigian Rose dibuka setiap hari termasuklah Sabtu dan Ahad, jadi mudahlah buat anda untuk menjadualkan temu janji pada bila-bila waktu operasi. Tiada lagi masalah temu janji bercanggah dengan waktu bekerja!

Anda ada masalah gigi?? Cepat hubungi klinik gigi Ampang ini melalui Whatsapp di 01116690532, atau layari laman web mereka di https://rosedental.my/ untuk menempah sesi temu janji anda. Anda juga boleh dapatkan maklumat terkini melalui akaun Instagram rasmi mereka di @rosedental.my. Klinik Pergigian Rose bersedia untuk mengembalikan semula keyakinan anda untuk terus senyum dengan gigi yang cantik, sihat dan kuat!

Leave a Reply

Your email address will not be published.