KLINIK PERGIGIAN ROSE

Anda ingat tak bila kali terakhir anda berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan berkala? Tahun lepas? Lima tahun lepas? Ataupun… semasa di sekolah? Sebenarnya pemeriksaan gigi ini perlu dilakukan sebanyak dua kali setiap tahun! Jadi, sekiranya anda belum mendapatkan pemeriksaan berkala anda selama lebih dari enam bulan, jom pergi ke klinik gigi terbaik KL, Rose Dental!

Mungkin ada yang terfikir… “Buat apa pergi ke klinik gigi?? Dah gosok gigi setiap hari pun cukuplah.”

Sekiranya anda seorang yang rajin menggosok gigi tiga hingga lima kali sehari, baguslah! Sememangnya menggosok gigi itu amalan kebersihan yang penting dalam rutin harian kita. Tetapi itu sahaja tidak menjamin kebersihan mulut secara menyeluruh.

Rose Dental merupakan sebuah klinik pergigian pilihan terbaik bagi penduduk KL. Selain daripada sifatnya yang mesra Muslim, mereka menawarkan bermacam-macam perkhidmatan pergigian yang boleh anda dapatkan.

Ramai para pengunjung yang berpuas hati dengan layanan yang diberi sepanjang sesi rawatan di klinik gigi terbaik KL ini.  Kualiti layanan yang terbaik merupakan keutamaan bagi klinik gigi terbaik KL ini dan disebabkan itulah, pasukan perawat di Rose Dental sentiasa menimba ilmu dan mengasah kemahiran mereka dalam memberi rawatan. Hal ini demikian supaya hak anda sebagai pesakit dipenuhkan dan anda boleh mendapatkan rawatan rapi sepanjang sesi rawatan.

Anda juga tidak perlu risau atau ragu-ragu tentang peralatan dan tempat di mana rawatan dijalankan. Hal ini demikian kerana klinik gigi terbaik KL sentiasa memberi perhatian sepenuhnya ke atas kualiti dan kebersihan pusat rawatan demi keselesaan anda! Sekiranya anda bermastautin di ibu negeri Kuala Lumpur, anda sangatlah dialu-alukan di klinik pergigian ini!

“Kalau semuanya berkualiti tinggi, mesti kos rawatannya pun mahal, bukan??”

Tidak sama sekali! Di Rose Dental, segala perkhidmatan dan rawatan ditawarkan pada harga yang rendah. Lebih-lebih lagi sekiranya anda bertuah, mungkin anda dapat kejar harga-harga promosi mereka yang menarik!

Bukan itu sahaja, kepelbagaian jenis rawatan pergigian menjadikan Rose Dental sebagai klinik gigi terbaik KL! Perawat-perawat di klinik ini memiliki pengetahuan dan kemahiran yang meluas, dan mereka sedia berkhidmat untuk memastikan gigi anda cantik, sihat dan kuat.

Tahukah anda bahawa sebenarnya gigi kita ini memerlukan lebih perhatian selain menggosok gigi secara hari sahaja? Sekiranya tidak dijaga, pelbagai masalah boleh timbul. Gigi kuninglah, tak cukuplah, jaranglah… sehingga nak senyum pun malu tunjuk gigi.

Jom, kita lihat apa yang anda boleh buat untuk gigi anda di klinik gigi terbaik KL ini!

Jenis-jenis Rawatan Pergigian di ROSE DENTAL

  1. Konsultasi Pergigian dan Diagnosis

Pakar-pakar di klinik ini berpengalaman dalam membuat diagnosis yang tepat, dan mereka sedia untuk meluangkan masalah mendengar masalah anda. Pada yang sama, keselesaan dan ketenangan anda sepanjang sesi konsultasi turut dijamin.

  1. Cucian Gigi secara Berkala

Anda boleh menempah sesi cucian gigi setiap 6 bulan di klinik gigi murah Ampang ini untuk menyahkan plak dan tartar secara menyeluruh. Sekiranya diperlukan, perkhidmatan tampalan gigi turut diberi sebagai rawatan awal untuk mencegah kerosakan gigi yang lebih melarut.

  1. Rawatan Akar Gigi

Perkhidmatan rawatan akar gigi boleh dijalankan di klinik ini sekiranya anda mempunyai kerosakan akar gigi yang teruk. Rawatan ini dijalankan sebagai alternatif bagi akar gigi yang telah rosak teruk tetapi tidak mahu gigi tersebut dicabut ataupun tertanggal.

  1. Veneer

Rawatan veneer boleh dilakukan dengan meletakkan lapisan ke atas gigi yang telah berubah warna, rosak, tidak teratur ataupun mempunyai ruang di antara gigi.

  1. Gigi Palsu

Klinik gigi murah Ampang memiliki fasiliti untuk menghasilkan gigi palsu yang nipis dan selesa dipakai, di samping kelihatan cantik dan semulajadi supaya anda boleh terus senyum dengan yakin!

  1. Korona dan Jambatan

Perkhidmatan korona dan jambatan disediakan untuk menampung gigi rosak sepenuhnya. Korona merupakan sarung yang berbentuk sama seperti gigi asal, manakala jambatan pula ialah rawatan bagi menggantikan gigi yang hilang dengan sokongan gigi bersebelahan.

  1. Pemutihan Gigi

Masalah gigi kuning dapat diselesaikan dengan perkhidmatan pemutihan gigi di Klinik Pergigian Rose. Masalah gigi kekuningan sememangnya normal apabila usia semakin meningkat, tetapi ia tak bermakna anda perlu terus biarkan hal ini menahan anda daripada senyum dengan yakin.

  1. Cabut Gigi

Setiap perawat gigi akan berusaha mencuba pelbagai kaedah untuk menyelamatkan gigi daripada cabutan. Walau bagaimanapun, sekiranya kerosakan terlalu teruk sehingga menyebabkan kesakitan jangka panjang, Klinik Pergigian Rose turut menawarkan perkhidmatan mencabut gigi serta pembedahan kecil bagi gigi bongsu yang bermasalah.

  1. Fibre Reinforced Composite (RFC)

Klinik Pergigian Rose menyediakan perkhidmatan Fibre Reinforced Composite atau FRC yang berfungsi sama seperti rawatan jambatan, tetapi dengan kos yang lebih rendah.

Bermacam-macam kaedah sebenarnya yang boleh kita usahakan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan, serta memperbaik semula gigi kita. 

Sebagai tambahan, pengurusan rekod anda sebagai pesakit sepenuhnya dilakukan secara berkomputer bagi memastikan tempahan atas talian dapat dilaksanakan dengan lancar.

Anda perlukan perkhidmatan pergigian?? Hubungi Rose Dental melalui Whatsapp di 01116690532, atau layari laman sesawang mereka di https://rosedental.my/ untuk menempah sesi temu janji anda. Maklumat terkini berkenaan klinik gigi terbaik KL ini juga boleh didapati melalui akaun Instagram rasmi mereka di @rosedental.my.

Untuk menerima rawatan, anda boleh terus ke klinik yang beralamat di 1-1-6, Blok 1, City Garden Commercial Centre, Jalan Nirwana 1, Taman Nirwana, 68000 Ampang Jaya, Selangor.

Anda boleh menempah sesi temu janji di Rose Dental pada bila-bila waktu operasi setiap hari termasuklah Sabtu dan Ahad. Mudah, kan? Tiada lagi masalah temu janji bercanggah dengan waktu bekerja!

Rose Dental sentiasa bersedia membantu anda menyelesaikan segala masalah pergigian anda dan mengekalkan senyuman yang cantik, penuh dengan keyakinan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.