KLINIK PERGIGIAN ROSE

Anda tidak yakin untuk berbual dengan individu lain kerana berasakan gigi anda tidak cantik? Ada masalah sakit gigi, gusi berdarah atau gigi berlubang? Nak dapatkan rawatan pakar pun, tak mampu menampung kos rawatan yang selamat dan berkualiti. Jom ke klinik gigi murah Ampang; Klinik Pergigian Rose!

Ramai rakyat Malaysia yang cenderung untuk mengelak daripada mengunjungi klinik gigi disebabkan takut akan harga yang boleh melambung tinggi. Klinik gigi murah Rose Dental memahami keraguan dan kebimbangan anda. Oleh sebab itu, klinik pergigian ini berusaha untuk memenuhi keperluan kesihatan oral anda pada harga yang lebih berpatutan tanpa mengabaikan kualiti perkhidmatan.

Klinik gigi ini bukan sahaja cemerlang dalam bahagian perkhidmatan yang ditawarkan, malahan majoriti pengunjung berpuas hati dengan layanan yang diterima sepanjang tempoh rawatan. Sekiranya anda bermastautin di negeri Selangor, anda sangatlah dialu-alukan di klinik gigi murah ini.

Rose Dental kini lebih dikenali sebagai klinik pergigian Ampang bertaraf antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan pada harga yang rendah. Segala perkhidmatan dan rawatan bukan sahaja ditawarkan pada harga yang rendah, malahan sekiranya anda bertuah, anda juga berpeluang untuk mengejar harga-harga promosi mereka yang sangat menarik!

Hak anda dalam mendapatkan kualiti layanan yang terbaik sebagai pesakit sentiasa menjadi keutamaan Rose Dental. Demi memastikan anda mendapat rawatan rapi dari awal hingga akhir, pasukan perawat di Rose Dental sentiasa menimba ilmu dan mengasah kemahiran mereka dalam memantapkan lagi mutu kerja mereka.

Anda tak usah ragu-ragu tentang kebersihan peralatan dan kawasan di mana rawatan dijalankan kerana semuanya diberi perhatian sepenuhnya oleh staf-staf demi keselesaan anda.

Walau bagaimanapun, selain daripada harga dan kualiti perkhidmatan, ramai rakyat Malaysia yang mengambil ringan hal penjagaan gigi. Hal ini demikian mungkin disebabkan kurang penekanan atau pengetahuan berkenaan kepentingan penjagaan dental.

Jumpa sahaja doktor gigi… cuci sini, tebuk sana, cabut ini, tampal itu… Tetapi sebenarnya ramai yang tak tahu kenapa prosedur-prosedur tersebut penting dalam penjagaan gigi. Disebabkan itulah bil rawatan yang walaupun tidaklah seberapa, tetap dilihat sebagai suatu pembaziran.

Berikut ialah perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di klinik gigi murah ini berserta kepentingan-kepentingannya:

  1. Konsultasi pergigian dan Diagnosis

Dapatkan perkhidmatan konsultasi pergigian dan diagnosis daripada pakar-pakar di klinik ini yang berpengalaman dalam membuat diagnosis yang tepat. Mereka sedia untuk meluangkan masalah mendengar masalah anda dan pada masa yang sama, keselesaan dan ketenangan anda sepanjang sesi konsultasi turut dijamin.

  1. Cucian gigi / ‘Scaling’

Tempah sesi cucian gigi anda setiap 6 bulan di klinik gigi murah ini. Cuci gigi di klinik ini tak sama dengan gosok gigi di rumah, ya. Prosedur ini dipanggil ‘scaling’, dan merupakan sebuah prosedur non-operasi dimana gigi anda dicuci untuk menyahkan plak dan tartar secara menyeluruh menggunakan peralatan khas. Sekiranya diperlukan, perkhidmatan tampalan gigi turut diberi sebagai rawatan awal untuk mencegah kerosakan gigi yang lebih melarut.

  1. Rawatan Akar Gigi

Perkhidmatan rawatan akar gigi boleh dijalankan di klinik ini sekiranya anda mempunyai kerosakan akar gigi yang teruk. Rawatan ini dijalankan sebagai alternatif bagi akar gigi anda yang telah rosak teruk, tetapi anda tidak mahu gigi tersebut dicabut ataupun tertanggal!

  1. Rawatan Veneer

Rawatan veneer dilakukan dengan meletakkan lapisan ke atas gigi yang telah berubah warna, rosak, tidak teratur ataupun mempunyai ruang di antara gigi.

  1. Gigi Palsu

Sekiranya gigi kekal anda telah tanggal, anda mungkin berminat untuk mendapatkan gigi palsu untuk memenuhi ruang kosong pada gusi. Klinik gigi murah ini memiliki fasiliti untuk menghasilkan gigi palsu yang nipis dan selesa dipakai, di samping kelihatan cantik dan semulajadi supaya anda boleh terus senyum dengan yakin!

  1. Korona dan Jambatan

Perkhidmatan korona dan jambatan disediakan untuk menampung gigi yang telah rosak sepenuhnya. Korona merupakan sarung yang berbentuk sama seperti gigi asal, manakala jambatan pula ialah rawatan bagi menggantikan gigi yang hilang dengan sokongan gigi bersebelahan.

  1. FRC

Perkhidmatan Fibre Reinforced Composite atau FRC berfungsi sama seperti rawatan jambatan, tetapi dengan kos yang lebih rendah. Hal ini kerana warna sarung jambatan adalah sebati dengan warna gigi asal, manakala FRC tampak lebih ketara.

  1. Pemutihan Gigi

Masalah gigi kekuningan adalah normal apabila usia semakin meningkat, tetapi ia tak bermakna anda tidak boleh senyum dengan yakin dengan gigi yang putih dan cantik. Di Rose Dental, masalah gigi kuning dapat diselesaikan dengan perkhidmatan pemutihan gigi pada harga yang berpatutan!

  1. Cabut Gigi

Setiap perawat gigi akan berusaha mencuba pelbagai kaedah untuk menyelamatkan gigi anda. Walau bagaimanapun, sekiranya kerosakan terlalu teruk sehingga menyebabkan kesakitan jangka panjang dan mengganggu kehidupan seharian anda, Rose Dental turut menawarkan perkhidmatan mencabut gigi serta pembedahan kecil bagi gigi bongsu yang bermasalah.

Wah… bermacam-macam kaedah rupanya boleh kita ambil untuk menjaga dan memperbaik semula gigi kita. Sebagai tambahan, di klinik gigi murah ini, pengurusan rekod pesakit dilakukan secara berkomputer sepenuhnya bagi memastikan tempahan dalam talian dilaksanakan dengan kecekapan yang maksimum.

Rose Dental bertempat di alamat 1-1-6, Blok 1, City Garden Commercial Centre, Jalan Nirwana 1, Taman Nirwana, 68000 Ampang Jaya, Selangor.

Klinik dibuka setiap hari termasuklah Sabtu dan Ahad, jadi mudahlah buat anda untuk menjadualkan temu janji pada bila-bila waktu operasi. Tiada lagi masalah temu janji bercanggah dengan waktu bekerja!

Anda ada masalah gigi?? Cepat hubungi klinik gigi murah ini melalui Whatsapp di 01116690532, atau layari laman web mereka di https://rosedental.my/ untuk menempah sesi temu janji anda. Anda juga boleh dapatkan maklumat terkini melalui akaun Instagram rasmi mereka di @rosedental.my.

Klinik Pergigian Rose bersedia untuk mengembalikan semula keyakinan anda untuk terus senyum dengan gigi yang cantik, sihat dan kuat!

Leave a Reply

Your email address will not be published.