Plak merupakan lapisan tipis berwarna kuning atau putih yang melekat pada gigi. Ia terbentuk apabila bakteria bercampur dengan sisa makanan yang tertinggal di dalam mulut, terutamanya makanan yang mengandungi gula dan tepung.
Plak yang dibiarkan hingga mengeras dan bercampur dengan air liur akan menyebabkan pembentukan karang gigi atau tartar. Plak dan karang gigi mengandung jutaan bakteria dan jika tidak dibersihkan secara rutin, dapat menyebabkan radang gusi, kerosakan gigi, atau lebih teruk lagi, hilangnya gigi.
Pembentukan plak dan karang gigi secara umumnya dialami pada setiap orang, baik kanak-kanak mahupun dewasa. Proses ini bukanlah berlaku dalam masa yang singkat, sebaliknya terjadi secara perlahan dan tidak menimbulkan gejala.
Oleh sebab itu, anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan gigi setiap 6 bulan untuk mengelak kerosakan jangka panjang seperti radang gusi dan jangkitan gigi disebabkan plak dan karang gigi
Nak tahu lebih lanjut lagi, jom kita tengok apa kebaikan scaling gigi!
1. Membersihkan Partikel Makanan Yang Ada Pada Gigi
Anda mungkin terfikir… dah gosok gigi setiap hari pun tak cukup? Mesti cuci gigi dengan dentist juga? Jawapannya ya!
Tetapi bukannya kerana gosok gigi itu tidak berkesan. Sememangnya kita perlu menggosok gigi 2 hingga 3 kali sehari untuk menjaga kebersihan dalam mulut secara asas.
Namun begitu, kita perlu ingat bahawa ada bahagian dalam mulut yang sukar dibersihkan dengan berus gigi kita, seperti celah gigi dan bawah gusi. Scaling gigi murah di Rose Dental dapat membantu membersihkan kotoran degil ini yang sukar dicapai dengan berus gigi.
2. Membersihkan karang gigi
Karang gigi adalah masalah yang biasa dialami oleh kebanyakan orang terutamanya pada bahagian belakang gigi. Pembentukan plak ini adalah disebabkan campuran sisa makanan yang tidak dibersihkan dan air liur, sehingga menyebabkan ia mengeras dan melekat pada gigi.
Anda boleh lihat sendiri pada gigi anda, kebiasaannya warna karang gigi ini sedikit kuning berbanding dengan gigi kita.
3. Menghindari penyakit gusi
Seterusnya, anda boleh dapatkan scaling gigi murah di klinik gigi Ampang ini untuk menghindari penyakit gusi. Mungkin anda rasa ianya tiada kaitan, tetapi sebenarnya karang gigi juga boleh menyebabkan penyakit gusi seperti pendarahan dan bengkak.
Jika tidak dirawat dalam jangka panjang, ‘Periodontitis’ boleh berlaku, di mana gusi menjadi longgar dan seterusnya menjadikan gusi terlalu lemah untuk menampung gigi.
4. Mengelak perubahan warna gigi
Akhir sekali, scaling membantu dalam mengelakkan perubahan warna gigi. Jangan salah faham. Scaling gigi bukanlah bermaksud anda boleh memutihkan gigi, tetapi pembersihan karang gigi sangat bermanfaat untuk pencegahan semata-mata. Jika rawatan tidak dilakukan, gigi bukan sahaja cepat rosak tetapi warna gigi juga menjadi kuning.
Rose Dental sentiasa mengutamakan kualiti layanan yang terbaik bagi anda sebagai pesakit. Demi memenuhi hak anda dalam mendapatkan rawatan rapi dari awal hingga akhir, pasukan perawat di Rose Dental sentiasa menimba ilmu dan mengasah kemahiran mereka dalam memberi rawatan. Anda boleh dapatkan pelbagai lagi perkhidmatan gigi di Rose Dental selain scaling gigi murah!
Sebagai tambahan, pengurusan rekod pesakit dilakukan secara berkomputer sepenuhnya bagi memastikan tempahan dalam talian dilaksanakan dengan kecekapan yang maksimum.
Untuk menerima rawatan, anda boleh ke klinik gigi ini yang beralamat di 1-1-6, Blok 1, City Garden Commercial Centre, Jalan Nirwana 1, Taman Nirwana, 68000 Ampang Jaya, Selangor.
Anda boleh menempah sesi temu janji di Rose Dental pada bila-bila waktu operasi setiap hari termasuklah Sabtu dan Ahad. Tiada lagi masalah temu janji bercanggah dengan waktu bekerja!
Rose Dental bersedia untuk mengembalikan semula keyakinan anda untuk terus senyum dengan gigi yang cantik, sihat dan kuat!