HARGA TAMPAL GIGI DI KLINIK SWASTA vs KLINIK KERAJAAN
Perbezaan dalam harga tampalan gigi di klinik kerajaan dan klinik gigi swasta dirasakan sangat berbeza kerana rawatan pergigian di klinik kerajaan di subsidi 90% oleh kerajaan Malaysia. Bagaimanapun ianya tidak di klinik gigi swasta.
Harga tampalan gigi di klinik swasta mempunyai julat harga bergantung pada keadaan gigi dan tampalan yang di jalankan. begitu juga dengan jenis tampalan.Terdapat tampalan sementara dan juga tampalan kekal
BERIKUT MERUPAKAN JADUAL HARGA DI KLINIK KERAJAANÂ

Tampalan kekal gigi di KLINIK PERGIGIAN ROSE hanya menggunakan tampalan sewarna iaitu tampalan gigi yang berwarna gigi.
Tampalan berwarna gigi juga mempunyai pelbagai “range” warna.
Ini kerana setiap daripada kita mempunyai warna gigi yang berbeza. Ini merupakan kelebihan apabila anda menjalankan tampalan gigi di klinik gigi swasta, kami akan memastikan pilihan warna tampalan gigi lebih menepati warna gigi asal.
HARGA RAWATAN TAMPALAN DI KLINIK PERGIGIAN ROSE
RM90 ke atas
Rawatan Tampal Gigi- Bila nak buat?
Bila Anda Mempunyai Keadaan Gigi Seperti DI BAWAH
1. GIGI BERLUBANG


TEPAT! Untuk gigi berlubang rawatan tampalan gigi adalah rawatan asas dan paling kos efektif. Tapi dengan syarat tauuuu, lubangnya tidak terlalu besar sehingga masuk ke ruang saraf. So…make sure sebelum lubang jadi lagi besar, datang segera untuk rawatan TAMPAL GIGI
2. GIGI PATAH @ GIGI PECAH

Gigi yang patah atau pecah, samada sakit atau tidak ianya masih boleh diselamatkan. Rawatan Tampal gigi pastinya rawatan paling segera, kesan yang ‘instant’ seperti di bawah.
3. GIGI JARANG

Gigi jarang terjadi di sebabkan pelbagai perkara, salah satunya adalah Tisu Frenum Yang tebal dan rendah maka menghalang gigi tersusun rapat.
Selain rawatan braces, rawatan tampalan gigi sesuai di jalankan dan pastinya rawatan paling murah dan “affordable”.
4. GIGI BERUBAH WARNA

Warna gigi asal boleh berubah warna kepada warna kekuningan, coklat, “greyish”, hitam.
Perubahan di sebabkan faktor luaran seperti merokok , atau pun faktor dalaman seperti gigi rosak @ gigi yang mempunyai sarah yang telah mati.
Rawatan tampalgigi adalah pilihan rawatan yang paling murah dan mengembalikan warna asal gigi dengan segera.
” bukan semua gigi patah dan pecah perlu di cabut!yang penting sebelum patah dan pecah itu melarat, pastikan anda mendapatkan rawatan
TAMPAL GIGI dengan KLINIK PERGIGIAN ROSE”